Tuesday, August 24, 2010

Sedekah di Bulan Ramadhan.

Hari ini sudah hari ke 14 berpuasa. Alhamdulillah. Belum lagi rongak puasa saya. Tapi dengan tak malu nya jugak mengaku sudah rongak terawikh. Adoi. Ini memang salah sendiri. Mengaku. Biasa lah, walaupun syaitan di ikat, tetapi M huruf besar bermaharajalela di dalam diri bila perut sudah penuh terisi.

Macam semalam, selepas magrib terus terlelap. Terbangun untuk Isya' alhamdulillah. Itupun sebab berpeluh kepanasan. Begini lah situasinya bila tinggal sendiri. Kalau bersama family mesti takde can nak skip terawikh. hihi.

2 malam lepas, saya dan housemate ke terawikh. Dan betapa alhamdulillah rajin sket kami malam itu, membuat keputusan untuk buat 20. Selepas 8, jemaah mula berpusu-pusu keluar meninggalkan masjid. Pastu hujan turun. Kami meneruskan sehingga habis. Masa tu hanya tinggal 6 orang jemaah wanita. Alhamdulillah. Saya antara yang ber-6 itu.

Alkisahnya, keluar dari masjid, cari selipar tak ada. Memang dah rezeki orang yang ambil tu kut nak dapat selipar Jepun Giant. Semalam kan tak pergi masjid. Orang kata kalau selipar hilang, pergi esoknya, Insya-Allah orang yang ambil tu ahntar balik. Dia tak curi, pinjam je. hehe

Takpe lah. Saya sedekah je lah.

Selalunya orang sedekah duit. Tapi kali ni saya dengan rela hati sedekahkan selipar saya itu.

1 comment:

knsc said...

tapi sebelum rela hati mesti mencarut dulu kan.?? ehehehhe..