Wednesday, October 13, 2010

Pre-order.

Hari ni hari ke-2 mengqada puasa. InsyaAllah di kuatkan semangat sampai waktu berbuka. Alhamdulillah waktu berbuka awal, jam 6.04 petang. Semalam hari pertama. Badan agak kelembikkan. Jadi masak ala kadar je. Menu semalam cuma ikan goreng, tempoyak dan kerabu udang bersama paku-pakis.

Perasaan mahu masak pun ala kadar. Jadi hasilnya pun ala-ala je. Kerabu tak berapa menjadi. Termasam lah pulak. Biasa la, nama pun puasa. Tak boleh nak menerai-nerai.

Plan mahu pergi sahur (supper) di Pizza Hut. Tup tup kene cancel. Atas masalah teknikal. Mungkin malam ni akan zoooom terus ke pizza.

Hari ni menu berbuka hanya simple. Nasi planta, ayam goreng dan sambal udang. Tidak dilupa tempoyak berlada ulam timun.

Dalam fikiran dan ikutkan nafsu, banyak menu yang belum di cuba. Antaranya:

1- Asam pedas ikan
2- Gulai tempoyak ikan
3- Ketam bercili
3- Fish grilled with white sauce

Haih. Kalau puasa ni nafsu membuak-buak.

1 comment:

Si Yoyop Bah... said...

Selamat lah mengqada' puasa. Oklah skrg dah kurang yg meng'offer' mknn. Masa posa qada br buka cuti sek hr tu, tahan nafsu je la. Pya ramai yg mengoffer, sodap2 pulak tu. Nasib baik iman kuat. Kalau tak....