Begitulah kurang lebih nya nak beritahu.
Jadi sekarang saya sedang baring sambil melayari internet, di katil sendiri, di bilik sendiri dan di rumah sendiri. Terasa agak pelik la sebenarnya. Tak pernah ada internet begini rupa sebelum ini. Sebelum ini kalau online mesti di cyber cafe atau di office adik. Takpun biasa nya di tempat kerja, nun jauh di Bawah bayu.
Kakak saya yang tersayang la punya kerja ni. Terus tersayang! (:p). Sekarang sudah nampak tanda-tanda budak dalam rumah ni tak akan turun dari rumah langsung. Semenjak saya pulang ke kampung pertengahan November lepas, tidak pernah nampak adik-adik ku keluar dari rumah untuk beriadah. Pendek kata, semua tak pernah berpeluh. Pendek kata lagi, bulan November semua berkampung di dalam rumah. Sampai ke tahap kene halau, baru nak turun naik beskal seminit 2.
Selama ini, semua berperang mahu main game di laptop atau main PS3 atau berebut channel TV. Tetapi mulai saat ini semua mengadap laptop. Buat masa ini, ada 3 laptop di rumah. Walaupun begitu, still mahu berebut. Nampaknya, bila dapat tunggakan BISP (pray hard) tahun depan, nak kene beli laptop peribadi yang baru. Bertambah jadi 4. :)
Owh kenapa sampai 3? Satu hak milik abang ipar yang menjadi milik semua. Lagi dua sumbangan Ke*jaan Trg kepada kami. Kan pelajar Darjah 5 dapat e-book masing-masing. heh heh.
Begitulah kurang lebih nya nak beritahu.
Pagi tadi pasar pagi kuala. Ramai nya orang. Berjalan bersentuh-sentuhan sampai kaki yang pakai stokin pun rasa tidak terlindung. Aish. Memang tak best. Tetapi kerana mu 'etok', ku redah jua. Ini dia gambar 'etok' yang disebut.

Harga nya singgit! Sangat-sangat mahal. Ingat lagi, kalau dulu, sebanyak ini hanya 30 sen sahaja. Gula-gula pun ada yang sebiji 30 sen sekarang. Patut lah semua manusia zaman ini mengejar duit, bukan nya mengejar akhirat. Nauzubillah.
Sambil meredah lautan manusia, sempat juga saya merembat 1 blause panjang. Berwarna biru tua. Masa nak tanya adik penjual, dalam hati dah set, kalau die cakap RM30, aku nak tawar RM25. Takpun RM28.
"Berapa ni dik?"
"16 kak"
" hah? (buat-buat terkejut. Padahal memang terkejut gila!)
"15 la dik" kata ku.
"ok"
Begitulah kurang lebih perbualan kami dan alhamdulillah syukur nikmat, saya berjaya merembat 1 blause yang sangat menarik dengan harga RM15. Bukan senang nak dapat kat tempat lain.
Hari ini mak masak Laksa penang. Sangat lazat. Jemput makan.

TQ for reading this entry. Assalamualaikum.